STEVIA THE MAGIG OF SWEETNESS
Tips Kesihatan
DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT
RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.
Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

50 Idea "Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!"
Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?
Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling "power" di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.
Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada "biasa-biasa' kepada "luar biasa" dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.
Idea yang saya berikan ini adalah sebagai "PERMULAAN" kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan kepada anda, ia adalah benar!
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan "berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!
Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar "live" daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!
48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.
45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.
43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".
41) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.
40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?
37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.
34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!"
33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.
32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.
31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.
30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.
29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang perniagaan anda.
28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.
27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang "low-end" tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.
26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay connected" dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!
25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew "part-time" atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.
23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.
22) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.
21) Buat sesuatu yang di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.
20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.
19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.
18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.
17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.
16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.
15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.
14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.
13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.
12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.
11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.
10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.
9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.
8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.
7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.
6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.
5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.
4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.
2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!

Diet untuk wanita sihat yang menyusui anak
Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui? Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.
Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
Apa yang perlu saya makan?Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu andaPastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.
Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).
Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.
Dapatkan zat besi yang banyakJika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.
Bagaimana dengan diet semasa menyusui?Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.
BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.
BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
1. Delima Hilangkan Masalah Cacing
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
2. Kurma Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenixdactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.
3 Pisang Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknyaMusa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
4. Mangga Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluargaAnacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
5. Nanas Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluargaBromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.
6. Belimbing Merawat Kencing Manis/Darah Tinggi
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.
7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.
8. Pala Melegakan Kembung Perut
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragransjuga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.
9. Pinang dengan Pelbagai khasiat
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.
10. Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluargaEbenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.
11. Sengkuang Cina Penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluargaCyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.
12. Ciku Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
13. Pelbagai Khasiat Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
14. Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.
Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.
15. Betik Selesaikan Sembelit
Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
KESIMPULAN
Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.
Sumber: http://pkukmweb. ukm.my