Jalan Jalan di Genting Highland 20 September 2017
Bosan duduk rumah x tahu ke mana , lepas ambil afif balik tadika bawa dia jalan jalan ronda genting. Lama dah x naik sana. So plan hari ni naik sana sampai Awana Genting nak try naik Awana Skyway yang baru tu. Bertolak dalam pukul 2 petang dari rumah sampai sana dalam 2.45 ptg terus cari Awana Skyway. Jenuh juga pusing merata cari sebab x pernah sampai lagi tempat baru tu. Rupanya stesen dia di GPO (Genting Premium Outlet). Ya la aku ni mana nak pergi sangat tempat macam tu...x minat nak shopping. So parking kereta kat dalam GPO naik atas sekali stesen Awana Skyway. Pergi hari biasa tidak sibuk sangat. Skyway ni ada mesin layan diri so beli kat mesin. Tiket di kira pax dan tiada lagi tiket dewasa atau kanak kanak. Seorang dikenakan RM8 sehala dan RM16 dua hala. Skyway ni beza dia besar sedikit dan boleh berhenti di stesen tengah dan boleh naik balik untuk ke atas. Memandangkan hari ni hujan kami x singgah situ terus naik ke atas. Sampai di atas tempat baru sky avenue x tahu nak pegi mana pusing pusing sekejap dan turun balik ke bawah. Selepas ini kalau pergi dah tahu la mana nak naik dan turun hehehehe....

Ronda Petang Menara KL 20.5.2017
Ronda petang di KL Tower. Pertama kali jejak sini setelah 20 tahun menetap di Kuala Lumpur...x mampu nak masuk dan naik atas kerana harga yang terlalu tinggi bagi rakyat marhaein...ronda di bawah sahaja. Janji anak anak tahu apa itu menara KL...heheheheh..
Dalam pukul 3 petang sampai di sana park kereta RM10 dan terus ke taman rimba eco park. Itu saja yang masuk percuma menaiki jambatan gantung lebih kurang 3 km pergi dan balik. Kemudian ke kaunter tiket untuk melihat bayaran yang dikenakan untuk ke atas. Perghhh rate mykad untuk rakyat tempatan pun dah mahal. Xjadi nak naik atas lalu ke mini zoo sahaja. Itu pun xmasuk jug asebab rate nya mahal untuk sebuah mini zoo...ronda ronda ambil gambar sahaja di luar zoo dengan burung dan lepak di cafe di sebelah zoo.

Santai Malam 2 Mei 2017 - D'Ampangan Udang Galah, Putrajaya
CIDB CONVENTION CENTRE 26 APRIl 2017 - LIVE CONCERT ROCKANOVA
SANTAI DI PUTRAJAYA (D'EMPANGAN) 5 APRIL 2017
Ronda KL 20.4.2016
#tugunegara
#masjidnegara
#planetariumnegara
#memorialnegara
#dataranmerdeka
#tamanbotanical
#tugunegara
#masjidnegara
#planetariumnegara
#memorialnegara
#dataranmerdeka
#tamanbotanical
Konvoi Amal Meniti Raya 2015
motorsport mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira bangsa,agama,pangkat serta pahaman politik..
Sebuah program amal anjuran Arte Grande untuk tayangan di TV Al-Hijrah untuk slot di Assalamualaikum. Program ini dihoskan oleh Ustaz Taha bersama-sama selebriti jemputan, Syawal dan Ainul Aishah. Program ini telah ditayangkan pada 28 Ramadan 1436 H
Video Episod 1 |
Video Episod 2 |
D'mass Villa, Pangsun, Hulu Langat
SHORT VACATION 2 RABIUL AKHIR 1438
Hari ni xtahu nak pergi mana, panggilan ke D'Mass Villa oleh tuan rumah, makanya jalan....sebelah siang aktiviti memancing dan memasak dan sebelah malam sesi karaoke dan snooker. Habiskan cuti sekolah bersama anak anak dan isteri serta kawan kawan.
Terbaik sebagai percutian family. Terima Kasih kepada Tuan Mejar Amin Shah & Puan Dasimah sebagai di atas layanan serta facilities menarik yang disediakan.
D'Mass Villa, sebuah tempat percutian keluarga yang eksklusif di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai bilik-bilik penginapan bertaraf resort lengkap dengan bilik air dan penghawa dingin berasingan di setiap bilik. Juga dengan peralatan dapur serta kemudahan bbq dan kemudahan lain seperti kolam mandi dewasa/kanak-kanak, bilik karaoke dan pool, sauna, gym, mini golf, taman permainan, surau dan juga ladang rusa.
Jangan lupa, kolam memancing juga ada yang anda boleh tuai hasilnya!

CAMERON HIGHLANDS 15-16 SEPTEMBER 2016
Alhamdullilah akhirnya sampai jua di Cameron Highland pada 15 September 2016, bersamaan 13 Zulhijjah 1437 Hijrah.
Perjalanan kali ini bermula daripada Kulim melalui Jalan lama Selama-Lenggong-SgSiput-Tambun-SpgPulai dan naik melalui Kg Raja dan Brinchang. Perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai di Penginapan kami di Smurf Inn Homestay. Alhamdullilah perjalanan lancar dan apabila tiba saja di penginapan kami terus check in dan bersantai saja di resort dan berehat. Aktiviti malam untuk keluar makan dan juga ke Brinchang Night Market. Penginapan kami adalah di tengah tengah antara Brinchang dan Tanah Rata jadi agak mudah untuk kami hendak meronda.
Aktiviti Hari Kedua 16 September 2016
Selepas sarapan pagi kami terus check out dan terus ke Sg Palas BOH Plantion tempat wajib kalau ke sini. Bersantai dalam 2 jam lebih kurang bergambar dan minum teh. Selepas itu macam biasa aktiviti bergambar dan shopping di KEA Farm membeli sayur, ubi, jagung dan strawberry. Setelah selesai dalam jam 2.30 petang kami berangkat Pulang melalui Ringlet-Raub-Fraser-KualaKubuBaru-Serendah-Batangkali-Rawang-Selayang-KL-Puchong. 5 Jam perjalanan dan tiba di rumah dalam jam 8 malam.
KOLEKSI GAMBAR

ECO MAJESTIC SEMENYIH
24 Februari, 2016
Ada flower show katanya di Semenyih. Bertempat di Eco Majestic Semenyih, jom lihat apa ada di sana. Entrance fee: FOC, tapi kena register dulu untuk dapatkan wristband. Wristband tu macam gelang kertas kena pakai di tangan warna oren. Tempat ini dibuka untuk orang ramai sehingga 06 Mac 2016. Kami sampai lebih kurang pukul 2 lebih. Cuaca panas terik dan tidak berapa ramai orang sebab aku pergi pada hari biasa sempena cuti rehat ku. Pantang jadi viral kat fb, sudah pasti ramai yang terjah kan, termasuk lah aku, hihi.

TADOM HILL, BANTING, SELANGOR, MALAYSIA
Bertukar lokasi kebiasaan berkelah dari pantai ke tasik batu kapur !
Asyik dengar dan baca cerita orang di blog, pagi kelmarin kami sekeluarga ke Tadom Hill Resorts.
Layankan anak-anak beriadah dan santai-santai hujung minggu sebelum musim cuti sekolah berakhir.
Tadom Hill Resorts dan Tadom Base adalah dua lokasi yang sama tetapi terdapat perbezaannya dari segi aktiviti di sini. Tadom Hill Resort lebih kepada aktiviti riadah bersama keluarga seperti mandi tasik, berkhemah, bbq, bersantai sambil menikmati keindahan alam sekitar. Manakala Tadom Base pula lebih kepada sukan lasak di tasik dan darat juga.Kawasan ini sudah popular sejak menjadi viral di dalam facebook dan blog-blog. Lokasinya terletak di Labuhan Dagang, Banting Selangor hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur.
Cadangan untuk anda, kalau boleh datang waktu pagi seawal lokasi dibuka (jam 10 am), suasana masa ni memang segar , anda boleh bawa bahan makanan dan sebagainya walaupun ada cafe disediakan di dalam.
Ok, aku nak kongsi beberapa gambar di sini.., banyak khemah tapi masih kosong lagi sebab masih awal (pagi) , ada kadar sewa khas untuk setiap kemudahan di sini.
Pusat Rekreasi terbaru di Banting !
Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini masih baru dibuka dan difahamkan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.
Aktiviti Air adalah percuma di Tadom Hill Resorts sebab awal lagi diorang dah caj masuk Rm20/single entry (Mon-Thu) dan Rm25/single entry (Fri-Sun /public holiday). Ganyang sampai lebam dan merah mata !!
Maklumat Lanjut dan lokasi di
http://mykelah.com/2015/09/10/tadom-hill-resorts-banting-selangor/